Sejarah

Sejarah | December 21, 2015

hikayat alor gajah

 

                                   

 

   Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

   Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna.

   Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato’ Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 di sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar. Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942. Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.

 

KAWASAN PENTADBIRAN (KELUASAN)

 

 – 61,972 hektar

– 31 mukim

– 10 buah pekan kecil

– 3 buah bandar utama iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah dan Pulau Sebang

 

BUNGA RASMI

 

Nama Saintifik : Bougainvillea Spesies

Nama Biasa : Bunga Kertas

 

 

JUMLAH PENDUDUK DAN KOMPOSISI KAUM

 

– 168,400 orang

– Melayu

– Cina

– India

– Lain-lain

 

 

JUMLAH PEGANGAN CUKAI

 

– RM 40,000

 

//Sumber dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)