Kesihatan

Kesihatan | November 27, 2014

HOSPITAL ALOR GAJAH

 

 

Hospital Alor Gajah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Alor Gajah,Melaka,Malaysia. Hospital ini mula beroperasi pada tahun 1906. Pada 2012, Hospital Alor Gajah ditukarkan ke bangunan baru di Jalan Paya Datuk.

Keputusan membina hospital berkenaan bagi menggantikan hospital sedia ada yang telah uzur malah sudah berusia lebih 100 tahun. Projek pembinaan Hospital Alor Gajah yang baru ini bermula pada 5 September 2008 dengan kapasiti 78 unit katil selain dilengkapi pelbagai kemudahan rawatan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan dan peralatan kemudahan perubatan yang canggih.

Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dilengkapi pendingin hawa sehingga ke dalam wad wad Kelas 3 termasuk kemudahan kediaman bagi kakitangan hospital itu

 

Alamat:

Hospital Alor Gajah
Jalan Paya Datuk
78000 Alor Gajah Melaka