Kemudahan Asas

Kemudahan Asas | August 10, 2023

SURAU

Antara kemudahan terdekat di taman ini adalah surau yang terletak berhadapan PEDi Taman Kelemak Jaya. Selain tumpuan untuk penduduk beribadah, ianya juga menjadi pusat pelbagai aktiviti sihat para penduduk seperti Majlis Tahlil, Majlis Doa Kesyukuran, Majlis BerKhatan dan lain-lain.

 

PADANG – MEDAN SELERA – TABIKA PERPADUAN

Selain itu terdapat juga sebuah tadika berhampiran disertakan bersama sebuah padang permainan riadah bagi kanak-kanak atau para dewasa melakukan aktiviti  sihat. Di hadapan jalan masuk ke Taman Kelemak Jaya juga terdapat sebuah medan selera Taman Kelemak Jaya. Pelbagai juadah sarapan pagi juga makanan tengahari disediakan. Ianya memudahkan penduduk menjamu selera. Sebuah kedai serbaneka turut berada di medan selera tersebut menjual pelbagai makanan ringan dan lain-lain.