MAKLUMAT AM

Maklumat Am | August 8, 2023

Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di MelakaMalaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 674 kilometer persegi yang merangkumi 31 buah mukim.

Berdasarkan bancian Malaysian tahun 2020, jumlah penduduk di Daerah Alor Gajah ialah seramai 249,356 orang dengan kepadatan penduduk 370 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan bumiputera, membentuk lebih 79 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 71,937 tempat kediaman dengan sebanyak 67,558 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 185 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 48 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 15 ribu orang merupakan warga tua.

 

 Kewarganegaraan     Kaum  Jumlah
Warganegara Malaysia  Bumiputera  184,476
 Cina  27,861
 India  18,231
 Lain-lain  663
 Bukan Warganegara  N/A  18,125

 

 

 

 

AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH

 

Yang Berhormat Tuan Haji Adly Bin Zahari

 

 

 

 ADUN REMBIA

Yang Berhormat Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis